Thursday, January 24, 2008

Sparring ( point To be Champion)

The WTF is the largest governing body in Taekwondo, though it is several years younger than the ITF. WTF sparring therefore is the most widely recognized as "TKD" sparring, since literally millions of people watch the fights during the Olympic games.
On this website, we'll refer to WTF sparring as a style of sparring, called Full Contact. The object in WTF sparring is to score more points than your opponent or to knock your opponent out. You can be losing the match 5-0, but if you land that perfect round kick to the side of the head that KO's your opponent, you win!
Of course, if he lands his on you... it's lights out!
The World Taekwondo Federation is located in Seoul Korea
If you were to draw a flow diagram of TKD organizations it would quickly become as confusing as a plate of spaghetti. Best advice you'll get all day... forget about all the organizations, governing bodies, and politics and just train! But in a nutshell, this is kind of what it looks like.
The ITF & the WTF are the two major governing organizations in the Taekwondo world, however not everyone belongs. These days, lots of schools are independent of either group. Still even the independent schools generally do follow the basic structure of one or the other organizations.
So what does it mean if your school isn't ITF or WTF? Probably not much, unless you want a Kukkiwan certification, or if you want claw your way into the politics of one of those governing bodies. (Personally I'd rather spar a Grizzly Bear!)
Being an independent school does give you some latitude in how you train. Some Indie schools are training fighters in both Continuous Point and Full Contact sparring, and with great success. And while your chances of going to the Olympics may be reduced by not being in the WTF family of schools, it's not elminated thanks to the Opens.
The Opens are national competitions that are held to find the best athletes for that country's Olympic Team. The US Open is controlled by the
USAT, or USA Taekwondo, and qualifying athletes may compete, regardless of school affiliation.
Every country that participates in the Olympics has their own governing body that picks their TKD Olympic squad, and to the best of my knowledge they mostly all have an Open competition of some sort to choose the athletes. In Great Britain the
BTCB, or British Taekwondo Control Board, handles the selection to their Olympic Team.
Point sparring....
The main difference beteween Point Sparring and Full Contact Olympic-Style is the degree of force that the athletes utilize. In Point Sparring, the object is to make solid but controlled contact. Generally that's considered to be a good "pop" sound upon impact.
In Point Sparring there is no intent to injure and knock outs are not rewarded with victory. In fact in most associations that I'm familiar with if you knock out our opponent in Point Sparring you will be Disqualified for an Uncotrolled Attack.
There are two main types of Point Sparring, Continuous and Stop Action. In Stop Action Point Sparring, when the corner officials see a point scored they kihap, or yell, and the center referree "stops the action" and checks to see if enough judges saw the point for it to score.
In Continuous Point electronic scoring is used and the corner officials score points by using game controllers like you might find in an old video game. For a point to go up on the board you still need a majority of officials to score it, at virtually the same time. The big difference is obviously that the referee doesn't have to stop the action after every point so the fights are more realistic, and more like Full Contact Sparring. The most common type of Point Sparring is still probably Stop Action, however Continuous Point is a growing trend and I expect it to knock Stop Action into a small footnote in the next few years. The style of Point Fighting determines the strategy that each fighter must employ.
You can read more about
Stop Action point fighting strategy or if you're in the new breed of Continuous Point Fighters go here to find strategy info.
Different TKD associations have different rules about what equipment is required for Point Sparring. At a minimum all agree that Point Sparrers need to wear "Punches" and "Kicks".
If you're new to the Martial Arts and/or TKD you might wonder how you wear "Punches" or "Kicks" but that's just slang for the type of foam rubber padding that's worn over the hands and feet. The padding by the way is there for your Opponents protection, not necessarily yours! Additionally some associations, especially those doing continuous
Point...may require a Hogu. The Hogu is the chest protector that is unique to TKD sparring. It's really a type of armor that's worn to protect the ribs, in this case your ribs! The Hogu, (and the cup for male athletes), is among the only equipment that's worn for your protection instead of your opponents.
As a side note, I fought for years without a Hogu, but now I wear one, even during practice sparring in the Dojang. Why? Well it takes a bit of getting used to wearing something that makes you look and feel a bit like the Michelin Man. They're hot, and can be heavy too. The second reason, is that my ribs don't ache for days after going up against a better athlete anymore! Which means I get to train more, and keep getting better, instead of spending a day or two "recovering."
Here's a shot of me in Helmet, Hogu, Punches and Kicks (not pictured). This is my standard attire for Continuous Point Sparring in the USSSA style. Some Continuous Point rules don't require the Hogu, so you may need to check with your instructor or the tournament official to see what's required for you.
Under my Dobok top, you can't see, but I'm wearing elbow and
forearm pads. These are required by my school, but not my association. The reason we require elbow pads is that we block kicks to Zone 1 with our elbows, and we wear them to protect our opponents who generally don't enjoy a bony jab of the elbow into their instep!
Oh, I almost forgot another required piece of equipment, that's worn for your protection, the Mouthpiece. The Mouthpiece is a rubbery plastic device that fits over your top teeth, and is held in place when you close your mouth. The Mouthpiece isn't there to protect your teeth however, it's to protect your brain!
Evidence suggests that wearing a Mouthpiece can help prevent you from being knocked out, should you get slammed in the chin! And while punches and kicks to the face are not allowed in Point Sparring, accidents do happen!
So where should you get all this stuff? There are lots of sources, including possibly the school where you train. For value and convenience I recommend
Century. They've got a great reputation for both quality and value, and ship quickly.
Wherever you get your supplies make sure they are good quality! Punches and kicks will wear out with regular use, in 6 months to a year (another good reason to price shop), but your Hogu should last for years and years.

Sejarah Teakwondo

Sejarah Taekwondo adalah penting bagi mereka yang berminat. Bagi mereka yang tidak berminat, sudah tentu mereka langsung tidak ambil peduli. Saya yakin ada pelatih Taekwondo yang telah berdekad mahir dalam seni bela diri hingga boleh menjadi pakar kerana daya usaha dan kerajinan dalam latihan, langsung tidak tahu menahu tentang sejarah Taekwondo.

Sejarah Taekwondo moden ini didokumentasikan dengan ketepatan yang munasabah walaupun ianya sering dipertikai oleh organisasi-organisasi berlainan memandangkan secara ia bermula pada tahun 1955 dan berakar umbi selepas Perang Dunia Kedua iaitu dalam tahun 1940’an. Bagaimanapun, Taekwondo itu sendiri sebenarnya adalah berakar umbi daripada sejarah silam pejuang-pejuang bela diri Korea yang telah wujud dalam pelbagai bentuk seni sejak beribu-ribu tahun lagi. Kebanyakan organisasi Taekwondo bersepakat dalam fakta ini namun bertelingkah dalam terjemahanannya.

Topik-topik yang kita akan bincangkan di sini telah diektsrak setepat mungkin berkenaan sejarah Taekwondo bermula dari akar silamnya hingga ke perkembangan terkini, termasuklah daripada tempias-tempias pengaruh daripada seni Jepun iaitu Karate, walaupun fakta ini dinafikan oleh bangsa Korea.

Taekwondo pada sejarah dan tradisinya amatlah goyah. Semasa mempelajari Taekwondo, pelajar mendengar pelbagai versi rujukan sejarah Taekwondo seperti nama-nama Hyung (pattern atau bunga gerakan), dan pelajar perlu mempelajari dan mempersembahkan teknik gerakan dan tradisinya seperti tunduk hormat (bow). Semakin banyak pelajar mengetahui sejarah dan tradisinya, semakin jelas pemahamannya terhadap sesuatu pergerakan teknik dan pattern dalam seni Taekwondo serta sejarah perkembangannya.

Jurulatih Taekwondo biasanya memperkatakan tentang sejarah secara umum dan dengan terma yang meluas, tidak spesifik. Kadangkala apabila seseorang pelajar mendengar jurulatihnya menyebut tentang Dinasti Silla atau Hwarang, perihalnya tidaklah mendalam dan tidak informatif. Sesetengah jurulatih menggambarkan Taekwondo sebagai seni bela diri yang telah lama dan silam yang berasal dari Korea. Keantikan yang cuba digambarkan ini mungkin mewujudkan bahawa ianya satu misteri dan agak menyimpang dari landasan sejarah yang sebenar. Taekwondo sebagai seni bela diri sebenarnya baru berusia kurang lebih 55 tahun. Ianya berakar umbi dari seni-seni Korea yang silam dan pelbagai, dan seni-seni bela diri dari Negara lain termasuklah Jepun. Namun seni bela Taekwondo sebenarnya diperkembangkan dalam tahun 1945 hingga 1955 dan hanya dikenali dengan nama Taekwondo pada tahun 1955.

Taekwondo adalah seni bela diri rasmi Korea. Ianya unik dan menggambarkan isipatinya dari negara Korea. Di Negara asalnya Korea, tidak ada seni bela diri yang lain yang boleh menandingi pengaruh Taekwondo. Sesetengah berpendapat Taekwondo di Korea mempunyai ciri-ciri diplomatik yang efektif dalam memperluaskan budaya bangsa Korea di seluruh dunia. Namun Taekwondo itu sendiri mempunyai masalah pengenalan identiti berikutan kekeliruan dan salah tafsir dalam sejarah asal-usulnya dan proses perkembangannya.

Penulisan dalam sejarah Taekwondo biasanya menggambarkan Taekwondo sebagai produk kebudayaan Korea yang unik yang dibangunkan berkurun lamanya semenjak era Tiga Kerajaannya. Walau bagaimana pun, pengaruh utama datang dari seni Karate dari Jepun yang dibawa masuk ke Korea melalui penjajahan tentera Jepun seawal 1900.

Selepas Perang Dunia Kedua, ahli-ahli seni bela diri Korea yang seterusnya menjadi pengasas Taekwondo mula “menKoreakan” Karate Jepun yang mereka pelajari semasa zaman penjajahan supaya ianya lebih menggambarkan budaya Korea dalam amalan seni tersebut. Mereka mula menggabungkan cebisan-cebisan elemen seni bela diri yang dikenali sebagai Subak dan Taekkyon dalam latihan seni Karate. Ini melibatkan pemilihan nama-nama Korea dalam teknik karate sebagai usaha menjadikan ianya berevolusi dari sejarah Korea silam yang tersendiri. Nama baru diberi iaitu “Taekwondo”.

Usaha pengasingan pengaruh Jepun dalam Karate telah menyebabkan Taekwondo itu sendiri berpecah kepada dua entiti; sebagai satu seni bela diri tradisional dan sebagai satu sukan kompetitif. Taekwondo tradisional masih mengekalkan prinsip-prinsip latihan sebagaimana diamalkan dalam Karate seperti Kata dan falsafah, sementara Taekwondo sukan kompetitif dianggap satu cabang seni Taekwondo tradisional.

Konsep seni bela diri dibangunkan di Negara Jepun yang dimulakan dengan kewujudan seni tentera berpedang yang menjadi keperluan di medan perang hinggalah berkembang menjadi suatu falsafah kehidupan (tao). Konsep falsafah ini sebagaimana diaplikasi dalam kemahiran bertempur tidak wujud di Korea. Aktiviti fizikal terutama dalam seni pertempuran telah menjadi suatu perkara yang tidak mendapat penghormatan dan tanda-tanda kurangnya didikan di peringkat awal era pemerintahan Dinasti Joseon. Pendedahan terawal Korea dalam konsep seni bela diri adalah menerusi latihan dalam Judo dan Kendo semasa penjajahan Jepun iaitu awal 1900’an. Konsep seni bela diri diperkasakan lagi dengan pengenalan seni Karate dan falsafah-falsafah Jepun yang lain.

Taekwondo bukan sahaja mempunyai sejarah fizikal, malah sejarah kerohanian juga wujud dalam perkembangannya. Walaupun ianya dicipta tanpa komponen unsure kerohanian tetapi pada dasarnya ia telah berakar umbi dari nilai-nilai kerohanian. Nilai-nilai kerohanian ini mungkin tidak wujud atau kurang diserap dalam kebanyakan Dojang (pusat latigan) di negara lain, ini mungkin disebabkan hubungan yang ada antara Taekwondo dengan Buddhism. Memandangkan majoriti ahli bukan penganut Buddha dan tidak memahami Buddhism, mereka telah mengenepikan unsure-unsur kerohanian dalam Taekwondo. Memahami Taekwondo tidaklah semestinya seseorang perlu menjadi penganut Buddha atau agama lain untuk tujuan itu. Ianya perlu difahami dari sudut prinsip-prinsip asas dan tradisi Taekwondo sebagai contoh ahli diajar untuk mengelak dari penggunaan kekasaran yang tidak perlu dan kenapa ahli ditekankan untuk menggunakan kemahiran bertempur dengan beranggungjawab.

Ramai pelatih Taekwondo mempelajari kemahiran atau skil dalam Taekwondo tetapi begitu sedikit yang mengambil tahu asal-usulnya dan asas kerohaniannya. Mungkin gelaran yang sesuai untuk mereka sebagai pelatih Taekwondo yang tidak matang dan hanya menunjuk-nunjuk. Mereka tahu mempersembahkan teknik tetapi ilmu sebenarnya adalah sedikit. Pelatih-pelatih Taekwondo harus tahu sejarah Taekwondo seperti mana mereka mesti tahu teknik pergerakannya. Taekwondo sering mengalami perubahan dan pembaharuan, maka adalah penting seseorang pelatih mengetahui dan memahami sejarah Taekwondo supaya mereka akan pasti bahawa perubahan yang bakal tiba merupakan cabang sebenar Taekwondo yang asal.

Dalam sistem perundangan jenayah, undang-undang boleh menerima kenyataan saksi-saksi walaupun bertentangan dan itu tidak semestinya ada unsure penipuan. Mereka hanya menyaksikan satu insiden yang sama tetapi dari sudut yang berlainan dengan pandangan mata yang prejudis. Sifat prejudis ini dipengaruhi oleh banyak faktor seperti warganegara, kelas ekonomi, umur dan sebagainya. Sejarah juga dipengaruhi oleh factor yang sama. Sebarang kandungan dalam buku sejarah pasti dipengaruhi dengan keagamaan, bangsa, jantina, fahaman politik dan sebagainya oleh penulisnya.

Rekod berkenaan sejarah Korea silam yang berfaktakan seni beladiri adalah tidak jelas berikutan keadaan transkripnya atau kualiti penulisannya yang telah pudar dan rosak. Disebabkan hal ini, kebanyakan ahli penulis sejarah seni beladiri Korea telah menemui sesuatu yang memberi sokongan terhadap apa jua yang dicatatnya termasuk penulis-penulis seni Taekwondo. Oleh itu, apa yang kita akan bincangkan adalah lebih ke arah atau lebih prejudis kepada Taekwondo. Sejarahnya meliputi maklumat-maklumat dari pelbagai sumber yang berlainan dan kadangkala bertentangan. Perbincangan kita ini tidak memberi jaminan bahawa sejarah yang dipersembah dan dinyatakan di sini adalah suatu fakta yang betul-betul tepat (walaupun usaha dibuat ke arah itu). Cuma kandungan ini boleh disifatkan sebagai komprehensif dan menyeluruh.

Ramai pakar seni beladiri Korea yang moden mendakwa mereka boleh menjelaskan asal-usul sistem mereka yang bermula dari zaman kejatuhan Korea. Malangnya kesemua rekod berkenaan teknik-teknik sebenar seni beladiri Korea silam telah dimusnahkan oleh penjajah Jepun di antara 1909 – 1945. Hanya dua dokumen sahaja yang tinggal iaitu Moo Yeh Jee Bo dan Moo Yeh Do Bok Tong Gi.

Konflik antara Jepun dan Korea wujud berkurun lamanya. Antara 1592 dan 1598, Jepun telah cuba menjajah Korea tetapi mereka ditewaskan. Satu manuskrip ketenteraan China bertajuk Ki Hyu Shin Zu, ditulis oleh Chuk Kye Wang, seorang ahli strategi ketenteraan dan ahli seni beladiri China telah diperoleh oleh tentera Korea semasa pembunuhan seorang Jeneral Jepun. Manuskrip ini kemudiannya dipersembahkan kepada Raja Korea, Sun Jo (1567-1608). Manuskrip tersebut mengandungi sistem persenjataan China dan seni tempur tanpa senjata yang begitu terperinci yang digunakan khas dalam peperangan. Raja Sun Jo begitu tertarik dengan kaedah tersebut sehinggakan baginda menjemput beberapa Jeneral China dan pakar seni beladiri untuk melawat wilayahnya. Raja telah mengarahkan salah seorang Jeneral Korea bernama Han Kyo untuk mempelajari apa yang telah dibacanya dan melalui persembahan jemputan China tersebut serta mengolahnya untuk dijadikan satu sistem baru dalam pertempuran. Sistem ini ditulis dalam enam bahagian dan diterbit sebagai Moo Yeh Jee Bo atau Ilustrasi Seni Beladiri, yang mana ini yang menjadi asas peperangan tentera Korea. Penulisan ini menjelaskan penemuan dan penggunaan teknik bersenjata seperti Sang Soo Do (pedang panjang), Jang Chang (lembing) Dang Pa (lembing tiga mata atau Sai), Kon Bong (kayu panjang) dan Dung Pa (perisai).

Raja Korea Yong Jo (1724-1776) telah memperbaharui penulisan tersebut semasa pemerintahannya. Dua belas pendekatan pertempuran ditambah dan dinamakan semula sebagai Moo Yeh Shin Bo atau Ilustrasi Baru Seni Beladiri. Teknik pertempuran baru yang dimaksudkan adalah Bon Kuk Kum (pedang lurus Korea), Wae Kum (pedang Jepun), Jee Dook Kum (pedang Laksamana), Yee Do (pedang pendek), Sang Kum (pedang kembar), Wae Kum (pedang sabit), Juk Kang (lembing buluh panjang), Hyup Do (lembing berpedang), Kee Jang (lembing bendera), Pyun Kon (kayu panjang dengan hujungnya seperti Nunchaku), Kyo Jun (strategi penyusunan kombat) dan Kwon Bop (tempur tanpa senjata).

Pada tahun 1790, Raja Jung Jo (1776-1800) telah mengarahkan pakar strategi ketenteraan Korea, Yi Duk Moo dan Park Je Ga mengkaji dan memperbaharui serta menamakan semula manuskrip tersebut kepada Moo Yeh Do Bok Tong Gi atau Ilustrasi Lengkap Seni Beladiri yang mengandungi enam bahagian tambahan iaitu Ma Sang (tempur berkuda), Ki Chang (tempur berkuda bersenjatakan lembing), Ma Sang Wol Do (tempur berkuda bersenjatakan pedang), Ma Sang Sang Kum (tempur berkuda bersenjatakan pedang berkembar), Ma Sang Pyun Ko (tempur berkuda bersenjatakan kayu panjang dengan hujung Nunchaku yang pendek) dan Kyuk Koo (sukan berkuda). Ini adalah teks yang menjadi asas rujukan asal-usul seni beladiri Korea. Teknik-teknik yang digambarkan begitu terhad dan pengolahan ilustrasi tidak begitu terperinci, walaupun ianya satu teks yang penting, ianya telah ditulis dalam zaman-zaman pemerintahan yang berlainan justeru ianya bukan satu sumber seni beladiri yang agung.

20 tahun yang lalu pengasas Tang Soo Do Moo Duk Wan iaitu Hwang Kee telah menerbitkan buku bertajuk Tang Soo Doo yang mengandungi kandungan Moo Yeh Do Bok Tong Gi untuk bacaan di seluruh dunia sebagaimana versinya yang asal.

Sejak penubuhan negara Korea silam (dalam tahum 2332 SM atau 1122 SM, bergantung pada sumber rujukan), bangsa Korea terpaksa melindungi kepentingan dan hak kebebasan mereka daripada penjajahan China, Mongol dan Jepun. Hasilnya mereka telah membangunkan sistem seni mempertahankan diri yang digunakan untuk pertahanan individu dan Negara. Bentuk awal Taekwondo telah digunakan dalam ketenteraan di seluruh Korea. Ini digambarkan dalam satu lagu lama Korea yang bermaksud :

“Seni tangan seperti gunanya pisau. Jeneral Chok mengajarnya sebagai seni tentera. Jika seorang cuai salah satu serangan dua tangan, sekelip mata sahaja kepalanya akan terpancung.”

Suh Inhyuk, pengkaji seni beladiri Korea, membahagikan seni beladiri Korea kepada tiga kumpulan, yang dipecahkan mengikut kegunaannya:

Sado Moosul (seni perseorangan). Dihubungkan dengan sukan dan pertandingan.

Pulsa Moosul (seni Buddha). Dihubungkan dengan cara yang diamalkan oleh sami Buddha di kuil yang didekasikan untuk perkembangan moral dan spiritual-fizikal.

Kunjoon Moosul (seni ketenteraan). Dihubungkan dengan cara tentera menggunakan senjata.

Nama-nama awal seni beladiri Korea yang menjadi asas penubuhan Taekwondo adalah Subak dan Taekyon. Begitu sukar untuk membezakan antara dua seni ini. Terdapat rujukan yang menyatakan bahawa Subak menjadi asas Taekyon dan wujud dalam sejarah Dinasti Koryo dalam lingkungan tahun 1147. Rujukan awal Taekyon didapati dalam Chaemulbo, ditulis oleh Yi Song-Gi semasa pemerintahan Raja Jung Jo (1776-1800). Ahli-ahli sejarah menganggap kedua-dua terma ini adalah serupa memandangkan tidak ada garis pemisah yang membezakan antara kedua-duanya. Subak mungkin lebih tua daripada Taekyon, manakala Taekyon mempunyai asas-asas seni Subak dan membuat penambahan dalam teknik kaki. Sejak berkurun Subak dipanggil sebagai Subak-Hi, Subak-Ki dan Subyeokta; manakala Taekyon pula dikenali sebagai Tak-Kyeon, Gak-Hi, Gak-Sul dan Bigak-Sul. Cara-cara pertempuran silam yang lainnya dikenali sebagai Kannyok atau Subak-Chigi, Charyok, Yu-Sul dan Oren-Kwon tetapi yang paling asli dan berunsur Korea adalah Taekyon. Nama Taekyon sering ditulis dengan huruf-huruf Korea, sementara seni-seni lain ditulis dengan hieroglif China.

Taekyon tidak menggunakan kedudukan kaki (stances) yang pelbagai tetapi lebih kepada jenis-jenis tendangan dan teknik sapuan. Matlamat pertempuran dalam Taekyon adalah untuk menewaskan pihak lawan tanpa mencederakannya. Tendangan seringkali dituju ke bahagian bawah paras dada dan sering bergerak secara bulatan dan bukan terus menerjah ke hadapan. Teknik tangan pula digunakan tanpa tumbukan, kebanyakannya menggunakan tapak tangan untuk menolak dan menepis serta teknik pegangan untuk menjerat lawan dan terus menjana tendangan.

Semua seni beladiri bermula dari satu hari di mana manusia perlu mempertahankan dirinya terhadap ancaman musuh iaitu daripada haiwan ganas atau manusia lain, oleh itu asal usul Taekwondo juga perlu bermula dari kaum manusia yang terawal.